rest & relax with music

Wednesday, May 18, 2011

info untuk si hero...

Tabiat menepuk dahi
Lelaki tidak boleh lari dari melakukan tabiat buruk sama ada ia dari perbuatan mahupun tingkah laku. Tabiat menepuk dahi sering kali dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah. Kajian  dari Universiti Hiroshima, Jepun, mengatakan lelaki lebih kerap melakukan  tabiat ini berbanding wanita. Antara kesan buruk akibat perbuatan ini ialah, setiap hentakan ini akan menyebabkan pergerakan d otak sedikit sebanyak pergerakan itu mampu untuk menghakis ingatan seseorang. Oleh itu elakkan menghentak kepala kerana ia juga boleh menjadi punca kepada masalah penyakit nyanyuk.

Bulu ketiak lelaki wajib ada?
Kajian di luar Negara mandapati 94% mengakui bahawa mereka berasa ganjil jika seseorang lelaki langsung tidak mempunyai langsung bulu di bahagian badan apatah lagi jika di bahagian ketiak. Kawasan ketiak dikatakan kunci kepada jejaka menawan. Bagi mereka, lelaki sejati perlu ada bulu ketiak, biarpun sedikit. Bulu ketiak lelaki juga membantu untuk mengeluarkan 12% aroma positif kepada si gadis untuk lebih tertarik dengan seseorang jejaka.

Jeans koyak tanda lelaki berfikiran kusut.
Kebanyakkan lelaki masa kini sering kali memilih seluar denim yang oyak tidak kira di bahagian depan mahupun belakang seluar.ada yang diantara mereka seluar koyak merupakan satuy aliran fesyen. Tapi tahukah kamu lelaki yang menggunakan seluar koyak merupakan seorang individu yang berfikiran kusut.lelaki sebegini juga memiliki personality yang kurang diminati oleh kaum wanita. Beberapa kajian  mengenai lelaki dan pakaian mendapati bahawa seluar merupakan salah satu carauntuk menilai seorang lelaki. Kajian di luar negara juga ada mengtakan bahawa lelaki yang memakai seluar koyak mempunyai sifat tidak berpendirian yang tetap. Ia sama seperti tabiat buruk lelaki yang suka mengerakkan kaki ketika duduk. Secara saintifiknya jika kita memakai pakaian yang tidak kemas, ia juga melambang cara pemikiran seseorang jejaka. Jadi, lelaki harus mengelak dari memakai seluar denim yang koyak ini bagi mengatasi  persepsi buruk si gadis terhadap diri kamu.

Cara mudah miliki six pack.
Bagi  lelaki menginginkan bentuk perut seksi, apa kata setiap kali bangun tidur, lakukan bangkit tubi setiap kali bangun tidur.

Lelaki lebih selesa berselipar.
Revolusi bergaya sering kali mencuri perhatian remaja kini. Pelbagai ilham rekaan yang kadang kala malangkaui imaginasi para peminat fesyen semasa membuat kebanyakkan golongan lelaki lebih memilih  sesuatu ringkas namun kekal bergaya. Contohnya kasut yang diubah suai menyerupai sepasang selipar. Kerana gaya yang trendy & golongan lelaki lebih gemar memilah selipar.menurut kajian, lelaki lebih senang mengeluarkan peluh berbanding wanita. Oleh itu, pemakaian selipar adalah lebih sesuai untuk lelaki kerana tekstur kulit yang kasar tidak merosakkan permukaan tumit kaki.kajian yang dilakukan oleh seorang doktor perubatan di Poland mendapati bahawa lelaki yang gemar memakai selipar boleh mengurangkan penghasilan peluh di kaki.

No comments:

Post a Comment